Gambar Hiasan: Google

“Terima Kasih Allah ‘Jemput’ Adam Di Bulan Mulia”, Keluarga Luah Rasa Rindu Genap 2 Hari Pemergian Arwah Adam

Edayu

Genap dua hari pemergian Chef selebriti Adamdidam pada bulan mulia akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Paling terkesan terhadap pemergiaannya adalah anak-anak saudaranya yang tinggal di United Kingdom.

Bagi keluarganya di UK bersedih dan terlalu rindukan Allahyarham kerana mereka terlalu rapat dengannya terutamanya si cilik comel, Fatimah.

Pada hari ini di Instagram TheFamily.UK, mereka meluahkan perasaan sedih dalam sebuah satu statusnya meluahkan rasa rindu dan ini merupakan satu kehilangan besar, namun mereka akur dan redha kerana Allahyarham telah dijemput bertemu pencipta-Nya di bulan yang mulia serta penuh barokah.

“Kesayangan kami…Muhammad Adam bin Mahamed Ismail. Terima kasih Allah atas pinjaman-Mu yang terlalu istimewa buat kami. Sesungguhnya kami tidak kuat. Kami teramat rindu pada Adam. Tetapi kami redha kembalikan Adam pada-Mu kerana kami tahu Kau lebih menyayangi Adam lebih dari kami menyayanginya. Terima kasih Allah kerana menjemput Adam untuk pulang pada-Mu di bulan yang mulia penuh barokah. Di hari yang paling istimewa buat Adam – Ahad yang terakhir.

p/s: Terima kasih pada semua yang menghadiahkan Al-Fatihah & mendoakan Adam. Moga setiap doa anda semua Allah ganjarkan dengan pahala & kebaikan yang lebih besar & hebat…”

Pemergiannyapada hari Ahad lalu, sangat memberi kesan buat ahli keluarga malahan juga buat para peminatnya.

Sumber: TheFamily.Uk