Gambar: Ebit Lew

“Terharu Tengok Kesungguhan Mereka,” Ebit Lew Hadiahkan 5 Mesin Jahit Untuk Hasilkan Baju PPE

Sofea

Tak perlu digambarkan tentang bagaimana tulusnya hati dan mulia perwatakan yang ditunjukkan oleh Ustaz Ebit Lew. Semua sudah sedia maklum bahawa beliau saban hari membantu golongan petugas barisan hadapan dengan pelbagai barangan.

Terbaru, Ustaz Ebit Lew sekali lagi memberi sumbangan kepada pihak hospital. Beliau menghadiahkan 5 buah mesin jahit kepada Hospital Serdang yang memerlukannya bagi menjahit baju PPE.

Menerusi laman Facebooknya, Ustaz Ebit Lew berkata sumbangannya itu diterima pihak oleh pihak hospital dan beliau juga terharu dengan kesungguhan mereka menjalankan tugas.

Syukur dapat hadiahkan 5 mesin jahit heavy duty ke Hospital Serdang. Diantara keperluan yang sangat genting diperlukan baju PPE. 2 mesin mereka dah rosak. Dapat buka tempat baru tambah staf untuk hasilkan baju ppe untuk kakitangan hospital serdang. Kagum kakak abang bahagian Rehabitilasi telah dijadikan bahagian menjahit full suit ppe. Bila saya cakap tahniah wajah mereka sebak. Ulang kali saya cakap terima kaseh yer semua akak-akak penat.

Gambar: Ebit Lew

Baik sangat semuanya. Sedih terharu bila tengok kesungguhan mereka. Walau sebenarnya kemahiran bahagian lain. Mereka bertungkus lumus menjadi bahagian mengeluarkan baju ppe suit. Dr Rohana pengarah dan semua Staf berusaha bersungguh-sunggguh menyiapkan banyak-banyak baju PPE itu.

Gambar: Ebit Lew

Mereka mesej saya dan sambut happy masa sampai. Semua ceria jer. Bergambar dan minta nasihat serta doa. Syukur pada Allah. Doakan banyak hospital lain juga minta dari saya agar sponsor mesin jahit heavy duty.. Sebab memang baju tu perlu banyak.-.ebitlew

Sumber: Ebit Lew