wanita jatuh gaung gunung korbu
Sumber: Sinar Harian

Tergelincir Semasa Turun Puncak Gunung Korbu, Wanita Jatuh Gaung 10 Meter

Hannah

Tergelincir Semasa Turun Puncak Gunung Korbu, Wanita Jatuh Gaung 10 Meter

Seorang wanita terjatuh ke dalam gaung setinggi 10 meter selepas tergelincir semasa menuruni puncak Gunung Korbu pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, melaporkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.29 petang.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun tiba di tapak mula pendakian berhampiran Empangan Sultan Azlan Shah, Hulu Kinta, 10 minit kemudian.

Menurut beliau, operasi menyelamat melibatkan 12 anggota BBP Tambun dan dibantu oleh Malim Gunung Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

“Mangsa melibatkan seorang wanita berumur 35 tahun dengan berat badan 90 kilogram telah tergelincir dan jatuh ke dalam gaung anggaran setinggi 10 meter semasa menuruni puncak Gunung Korbu.

“Jarak masa pendakian ke lokasi mangsa dianggarkan enam jam dan anggaran tempoh masa yang lebih lama diperlukan bagi membawa turun mangsa menggunakan teknik usungan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

BACA: Pempengaruh Maut, Polis Tahan Seorang Wanita Tempatan Bantu Siasatan

Mengulas lanjut, beliau berkata, pasukan penyelamat kini masih dalam perjalanan ke lokasi mangsa dan difahamkan wanita tersebut mengalami kecederaan pada bahagian tulang rusuk. Jelas beliau, operasi penyelamatan menghadapi kesukaran kerana dilakukan dalam keadaan gelap dan di kawasan lereng.

Pasukan penyelamat juga perlu merentasi anak sungai dan menghadapi jalan licin akibat hujan.

Dalam pada itu, beliau berkata, wanita tersebut merupakan salah seorang daripada 35 peserta yang mengikuti aktiviti pendakian di Gunung Korbu.

“Berdasarkan maklumat awal yang diterima, peserta lain telah dibawa keluar dari lokasi dengan ditemani malim gunung.

“Bagaimanapun malim gunung kemudian masuk semula untuk membantu pasukan menyelamat,” katanya.

Tambah beliau, berdasarkan maklumat awal dari seorang doktor yang menyertai ekspedisi tersebut, mangsa tidak mengalami kecederaan serius.

BACA: Paris 2024: Aisyah Zubir Terlibat Kemalangan Di Belgium, Kini Dalam Keadaan Baik & Sedia Beraksi

BACA: Wanita Dakwa Tangan Bayi Bengkak, Melecur Selepas Terima Rawatan Di Hospital

Sumber: Sinar Harian