Gambar: TikTok @kakjoy18

“Terer Pak Hang Jaga Baby”, Anak Menangis, Ayah Dodoi Dengan Cara Ni Terus Nak Lelap

Eyla Azri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Bila dah berkeluarga dan mempunyai anak, tanggungjawab yang dipikul oleh ibu bapa bukanlah mudah. Dengan anak yang macam-macam ragam, boleh pening dibuatnya nak melayan kerenah mereka.

Tambah-tambah pulak masa anak tengah ‘tak kena angin’, jenuh juga nak memujuknya. Maka macam-macam cara la para ibu bapa ni buat untuk tenangkan anak meragam. Kadang-kadang cara yang tak masuk akal tu jugak la yang menjadi.

Macam video yang dikongsikan @kakjoy18 ni. Dalam video tersebut, @kakjoy18 merakam gelagat suaminya yang pujuk anak meragam dengan cara yang sangat ‘kreatif’, tapi pada masa yang sama mencuit hati.

Menurut @kakjoy18, pada masa tu dia sebagai salah seorang petugas barisan hadapan hendak keluar bekerja. Tapi ketika itu juga, anak kecilnya meragam sampai menangis-nangis.

Dapat dilihat pada awalnya, kanak-kanak tersebut menangis dalam keadaan terselubung dengan kain pelikat bapanya. Tup-tup bila si bapa letak anak dalam kain batik ibu, terus senyap siap tertidur lagi.

“Terer pak hang, idola bapak-bapak”

Menjengah ke ruangan komen, netizen rata-rata kagum dengan ‘kehebatan’ bapa kanak-kanak itu yang bijak menangani situasi. Tak kurang juga yang ingin mencuba cara yang sama kepada anak-anak mereka.

“Boleh cuba try test”

Para ibu bapa di luar sana boleh la cuba cari ni jugak!

Sumber: TikTok @kakjoy18