Terengganu umum ahad sebagai cuti peristiwa
Kredit Sinar Harian

Terengganu Umum Ahad Sebagai Cuti Peristiwa

Syed Faisal Sayed Muhammad

Terengganu Umum Ahad Sebagai Cuti Peristiwa

Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan bahawa Ahad ini sebagai cuti peristiwa sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada esok hari, lapor Sinar Harian.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata bahawa keputusan itu dibuat bagi memudahkan urusan pengundi luar.

Terutamanya bagi mereka yang bekerja di negeri ini untuk pulang ke tempat mengundi mereka masing-masing.

“Pengumuman ini juga mengambil kira tugasan dan bagi memudahkan kakitangan kerajaan negeri yang bertugas sehingga lewat malam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari pengundian.

“Kerajaan negeri berharap pengumuman ini akan dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada semua yang terlibat dalam pesta demokrasi pada 12 Ogos 2023 nanti,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, pada Jumaat.

SPR sebelum ini telah menetapkan tarikh 12 Ogos iaitu esok sebagai hari pengundian bagi enam negeri.

Ia termasuk pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Terengganu.

Enam negeri yang terlibat adalah Terengganu, Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Cuti Peristiwa Isnin Jika PH-BN Menang Di Selangor

Cuti peristiwa diumumkan untuk seluruh rakyat Selangor pada Isnin ini (14 Ogos) sekiranya gabungan PH dan BN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) esok. Seterusnya dapat membentuk Kerajaan Negeri Selangor.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pilihan raya pada 12 Ogos ini adalah tarikh penting dalam sejarah negeri. Ia bakal menentukan masa hadapan Selangor untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Anda mempunyai pilihan antara gabungan yang akan meneruskan kejayaan, kecemerlangan dan kemajuan negeri. Ataupun gabungan yang hanya berminat untuk menggunakan PRN ini untuk mencetuskan ketidakstabilan politik negara. Terbukti tiada idea baharu dan tiada perancangan untuk negeri yang kita cintai ini,” katanya.

Amirudin yang juga Pengerusi PH Selangor berkata demikian semasa menyampaikan Amanat Khas Kepada Rakyat Selangor yang disiarkan melalui Facebook, Amirudin Shari.

Sumber: Sinar Harian