Biasanya kalau sebut pulau-pulau menarik untuk kita melancong, mesti terlintas dalam kepala beberapa senarai macam Maldives, Bali, Phuket, Bora-Bora dan Hawaii kan?
Tarikan utama yang ada di pulau-pulau ini adalah air lautnya yang jernih kebiru-biruan, selain mempunyai pantai yang bersih, hutan, bukit-bukau serta perkampungan komuniti yang mendamaikan.
Namun tahukah anda, di India juga terdapat sebuah kepulauan yang mungkin agak jarang kita dengar, tapi ia memiliki kesempurnaan yang begitu indah?
Ya, ia adalah kepulauan Lakshadweep yang terletak di perairan India Selatan. Nak tahu keunikan kepulauan ini? Jom ikuti perkongsian oleh Syu Azis di bawah ini.
Lakshadweep, Pulau Cantik India
Gambar: Syu Azis
Gambar: Syu AzisLakshadweep terletak di Laut Arab. Ia adalah kepulauan dari 35 buah pulau sejauh 220 hingga 440 kilometer dari negeri Kerala, India Selatan.
Penduduknya yang berjumlah 70,000 orang majoritinya beragama Islam, merangkumi 96% dan walaupun penduduknya mempunyai hubungan yang kuat dengan Kerala, mereka mempunyai identiti sosial dan budaya yang berbeza.
Maksudnya?
Dari segi hubungan kekeluargaan, umat Islam Lakshadweep hampir sama dengan umat Islam di wilayah pesisir pantai Kerala. Tetapi dari segi ekonomi dan politik mereka mempunyai banyak perbezaan yang ketara. Terbatas dan terasing daripada perkembangan di tanah besar / bandar besar di India lainnya.
Gambar: Syu Azis
Masjid Ujra di Lakshadweep | Gambar: Syu AzisPenduduk pulau mempunyai hubungan etnik, linguistik dan budaya dengan orang Kerala yang berbahasa Malayalam dan terdapat juga pengaruh Arab, Tamil dan Kannada yang signifikan pada Lakshadweep.
Banyak masjid di Lakshadweep dan salah satunya adalah Masjid Ujra. Masjid terkenal di Pulau Kavaratti ini merupakan salah satu masjid paling popular yang terletak di kepulauan Lakshadweep.
Struktur abad ke-17 mempunyai siling hiasan, dikatakan telah diukir dari satu kayu apung. Tepi laut air nan biru, usai solat, anda boleh main air yang subhanAllah, indah sungguh!
Ada lebih 52 buah masjid di Pulau Kavaratti dan apa yang menariknya, kepulauan ini satu satunya yang melarang penjualan dan penggunaan alkohol selain daripada pulau Bangaram sahaja yang membenarkan alkohol.
Gambar: Syu AzisKerala.
Sangat indah yang memanggil saya untuk ke sini suatu hari nanti. Saya pasang impian nak melawat Kerala semasa Covid-19 lagi cuma masih belum ada rezeki. Domestic flightnya memacam hal haha. Semoga impian tercapai kerana makanan, sosio budaya, ekonomi, persekitaran amat amat berbeza dengan North India.
Selalu tersasul sebut Kerala dengan “karela”. ‘Karela’ bermakna peria.
Jika ada rezeki tertulis, InsyaAllah.
Akhir kata, walaupun kerajaan Lakshadweep mempromosikan dasar pelancongan, industri ini dipantau secara ketat untuk mencegah dari kesan negatif terhadap alam sekitar. Masyarakat setempat amat menjaga kualiti alam dan laut mereka. Permit diperlukan untuk mengunjungi wilayah tersebut.
Syu Azis
Gambar: Syu AzisSumber: Syu Azis