Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat satu kluster di Sabah yang melibatkan anggota kesihatan barisan hadapan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas.
Menerusi satu ciapan yang dimuat naik oleh Twitter rasmi KKM, kluster tersebut terdiri daripada jururawat dan doktor dan berpunca daripada satu majlis perkahwinan di Ipoh.
“14 jururawat dan doktor disahkan positif dan kes pertama dikesan 27 Mac yang berpunca daripada majlis perkahwinan di Ipoh,” tulis ciapan tersebut.
KKM juga turut menegaskan bahawa tiada jangkitan yang berpunca daripada wad.
Sumber: KKM