Russia kini didakwa dalam perjalanan menuju ke ibu kota, Kyiv dengan memakai pakaian seragam tentera Ukraine selepas merampas kenderaan tentera milik negara itu, lapor The Spectator Index.
Agensi Maklumat Bebas Ukraine (UNIAN) memetik portal Republic World melaporkan, pergerakan tentera Russia dalam pakaian seragam Ukraine menuju ke Kyiv itu telah disahkan oleh pegawai pertahanan.
Sebelum itu, pasukan ketenteraan Russia dikatakan telah memasuki Ukraine malalui Belarus kira-kira 20 batu (32 kilometer) dari Kyiv. Hal ini disampaikan pegawai tertinggi, Biden kepada Ahli Parlimen Dewan dalam satu taklimat.
Para pegawai menyifatkan ‘gerakan’ itu dibuat dengan matlamat untuk mengepung bandar Ukraine serta berpotensi menjatuhkan negara berkenaan.
Dalam satu laporan lain, CNN mendedahkan mengenai pergerakan kenderaan yang banyak berada berhampiran sempadan Ukraine-Belarus, dan imej itu dapat dilihat melalui satelit Capella Space.
Imej itu dikatakan dirakam pada 9.57pm waktu Kyiv pada Khamis menunjukkan barisan kenderaan melalui kawasan pantai selatan Sungai Pripyat.
Lokasi ini dikatakan jauh di Rizab Radiokologi Negeri Palieski, yang merupakan sebahagian daripada zon pengecualian Chernobyl.
Sumber: Rebuplicworld, The Spectator Index