ANKARA, 30 Jan (Bernama) — Pemain tenis Amerika, Sofia Kenin, melangkah ke pentas akhir Terbuka Australia 2020 selepas berjaya menjinakkan pemain nombor satu dunia Ashleigh Barty pada pusingan separuh akhir perseorangan wanita, lapor agensi berita Anadolu.
Kenin, 21, yang merupakan pilihan ke-14, menumpaskan Barty dari Australia dengan keputusan straight set 7-6, 7-5 di Melbourne pada Khamis.
Kemenangan itu membawa Kenin beraksi buat pertama kali pada pusingan akhir kejohanan grand slam.
Beliau bakal dicabar Simona Halep dari Romania atau Garbine Muguruza dari Sepanyol pada perlawanan akhir yang akan berlangsung Sabtu.
Sumber: Bernama