Tengah Perang Dengan Rusia, Presiden Ukraine & Isteri Sempat Jadi Model Majalah Popular
Ketika konflik perang antara Rusia dan Ukraine berterusan, Volodymyr Zelensky bersama isterinya. Olena Zelenska dilapor sempat muncul dalam satu penggambaran sebagai model untuk majalah terkenal Vogue.
Tindakan pemimpin utama bersama isterinya bagaimanapun tidak disenangi banyak pihak yang menyifatkannya sebagai tidak kena dengan masa.
Dalam terbitan majalah itu yang bertajuk ” Potret keberanian: Wanita pertama Ukraine, Olena Zelenska”, pemimpin tertinggi Ukraine bergambar bersama isterinya di lokasi berbeza termasuk di runtuhan lapangan terbang Kiev dan kediaman rasmi pemerintah tertinggi negara itu.
Gambar: VogueSelain tampil sebagai model kulit depan, pasangan itu turut diwawancara berkenaan kehidupan dalam masa perang, sejarah perkahwinan mereka serta impian mereka untuk masa depan Ukraine.
Wawancara itu turut menyentuh mengenai kerja-kerja diplomatik Olena Zelenska semasa perang, kisah permulaan hubungan cinta antara pasangan tersebut serta kehidupannya di dalam dunia hiburan sebelum bermula kerjaya politik suaminya.
Gambar: VoguePenampilan mereka berdua turut dikongsikan oleh laman Twitter Kementerian Pertahanan Ukraine dengan kapsyen “Pasangan Ketua negara Ukraine. Lihat wajah mereka. Kesakitan, keberanian… dan keazaman untuk menang.”
Menurut majalah Vogue, selain sudah siap dalam edisi digitalnya, ia akan diterbitkan dalam bentuk bercetak pada bulan Oktober.
BACA: Berita Kematian TS Khalid Ibrahim Tidak Benar, Masih Jalani Rawatan Di Hospital
Sumber: Marca.com, Vogue