Seorang wartawan dari Oklahama disahkan menghidap kanser payudara ketika beliau sedang melakukan live streaming di Facebook untuk segmen menggesa wanita melakukan ujian mammogram sempena bulan kesedaran kanser payudara pada oktober 2018 lalu.
Ali Meyer, 41, melakukan ujian mamogram dan keputusan diagnosis menunjukkan bahawa beliau menghidap kanser payudara serta perlu melakukan pembedahan segera. Beliau dilihat sebak dan tidak mampu berkata apa-apa semasa doktor mengumumkan keputusan diagnosis itu.
‘Perjalanan’ Ali Meyer disiarkan di News Four iaitu stesyen berita dimana beliau bekerja dan meruntun hati orang ramai.

Setelah melakukan pelbagai rawatan, Ali kini disahkan bebas daripada kanser tersebut dan menyeru semua wanita untuk melakukan ujian mammogram bagi mengesan kanser payudara dengan lebih awal.

Ali merupakan pemenang anugerah Emmy Awards bagi kerja penyiasatan dan pelaporan sepanjang beliau bertugas di News Four.
Sumber: Daily Mail