Ibu Trauma, Setahun ‘Benda’ Tumpang Dalam Patung Anak, Ikut Balik Dari Sarawak

syafiq halim

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Sudah menjadi lumrah bagi kanak-kanak perempuan, anak patung merupakan permainan yang sangat digemari kerana membawa perwatakan yang sesuai dengan seorang gadis. Namun begitu, anak patung yang cukup sifatnya boleh menyebabkan ada sesuatu benda akan tertarik untuk ‘menumpang’ di dalamnya.

Situasi menyeramkan ini telah dikongsikan oleh seorang ibu yang mengalami sendiri dan mendakwa anak perempuannya telah berkawan dengan ‘benda’ yang menghuni patung kegemarannya.

Tambahan lagi, wanita berkenaan mendakwa bahawa ‘benda’ yang menumpang tubuh badan anak patung milik anak perempuannya itu merupakan nenek kebayan yang mempunyai raut wajah beribu-ribu kedut. Selain itu, dia juga memberitahu bahawa kelakuan anaknya akan berubah sekiranya anak patung tersebut dipisahkan dengan dirinya.

Walau bagaimanapun, wanita berkenaan juga menasihati agar orang ramai tidak membeli patung yang mempunyai cukup sifat kerana mempunyai potensi untuk ‘benda’ menumpang di dalam tubuh anak patung tersebut.

Sumber: Puan Muda Nina Dyssabell