Malam tadi menyaksikan pelawanan di antara pasukan Perak menentang Selangor yang berlangsung di Stadium Perak. Keputusan akhir membuktikan The Bos Gaurus selaku juara bertahan Piala Malaysia 2018, sekali lagi berjaya membenam Selangor 1-0.
Namun disebalik kegembiraan itu, ada tragedi duka yang menimpa salah seorang penyokong pasukan Perak. Amirul Hakimi (21 tahun) disahkan maut dalam satu kemalangan yang berlaku berdekatan sebuah stesen minyak di Taiping.
Mangsa didakwa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Tebuk Matau, Gunung Semanggol. Difahamkan mangsa sebenarnya baru pulang dari menyaksikan aksi suku akhir Perak lawan Selangor malam tadi.
Hantaran tentang insiden duka ini dimuatnaik dalam sebuah group di Facebook dan ia pantas dipenuhi dengan ucapan takziah serta doa akan kesejahteraan Allahyarham Amirul Hakimi.




Sumber: PERAK AJERR & Perak The Yob