Kredit: Bernama

Temuduga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara ‘One-Off’ Bermula 9 Sept Ini

Nur Adnin

Temuduga pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara one-off bagi tahun 2021 akan dilaksanakan secara berfasa bermula 8 September ini.

Makluman temu duga pengambilan khas ini dimaklumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) menerusi satu kenyataan rasmi di laman Facebook hari ini.

“Urusan temu duga dan pengambilan khas ini hanya akan melibatkan calon graduan dan bakal graduan pendidikan sama ada lepasan universiti awam, swasta mahupun luar negara yang melepasi tapisan yang telah ditetapkan oleh SPP.

“Setiap calon hanya akan dipanggil temu duga sekali sahaja mengikut opsyen yang ditetapkan oleh SPP,” maklum kenyataan tersebut.

Difahamkan, panggilan temu duga bagi Fasa 1 boleh disemak di portal SPP pada 3 September ini dan akan melibatkan opsyen berikut:-

  1. Bahasa Cina

  2. Bahasa Semai

  3. Bahasa Iban

  4. Bahasa Kadazandusun

  5. Muzik

  6. Tahfiz

  7. Bimbingan dan Kaunseling (SJKC)

  8. Pendidikan Seni / Seni Visual (SJKC)

  9. Pendidikan Khas (SJKC)

  10. Pendidikan Moral (SJKC)

  11. Muzik (SJKC)

  12. Sejarah (SJKC)

  13. Reka Bentuk Teknologi (SJKC)

  14. Matematik (SJKC)

  15. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (SJKC)

Dalam pada itu, temu duga bagi opsyen-opsyen lain pula akan dilaksanakan pada fasa-fasa seterusnya serta akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui laman sesawang dan platform media sosial rasmi SPP.

“SPP juga ingin memaklumkan bahawa pemakluman panggilan temu duga adalah hanya kepada calon yang layak sahaja.

“Calon-calon yang memohon tetapi tidak melepasi tapisan tidak akan menerima sebarang pemakluman semasa proses semakan panggilan temu duga kelak,” tambah kenyataan itu lagi.

Justeru, semua calon diminta untuk sentiasa bersedia dan melayari laman sesawang dan platform media sosial rasmi SPP bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan urusan temu duga pengambilan khas tersebut.

Sumber: Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan