
Semakin menghampiri musim panas, negara-negara di hemisfera utara berdekatan Bulatan Artik akan menerima cahaya matahari lebih lama daripada hari-hari biasa. Disebabkan Ramadhan tahun ini hampir dengan musim panas (21 Jun), maka umat Islam di negara-negara ini perlu berpuasa lebih lama kerana waktu siang yang panjang.
Pada awal Jun hingga minggu kedua Julai, anda akan dapat melihat midnight sun, iaitu fenomena kemunculan matahari di tengah malam. Fenomena ini berlaku di kawasan berhampiran Bulatan Artik misalnya di utara Rusia dan Sweden.

20 jam 45 minit
Murmansk, salah satu kawasan di utara Rusia mendapat lebih 20 jam cahaya matahari pada musim panas. Negara terbesar di dunia dengan rakyat seramai 146.8 juta orang ini mempunyai seramai 14 hingga 20 juta orang penduduk Muslim dan dijangka meningkat kepada 44 juta orang dalam tempoh 15 tahun akan datang.

19 jam 43 minit
Abisko, merupakan salah satu kawasan di Sweden yang menerima cahaya matahari berterusan selama 56 hari pada musim panas.

19 jam 26 minit
Terletak hampir dengan Bulatan Artik, Iceland mengalami malam yang panjang pada musim sejuk dan siang yang panjang pada musim panas – hampir 24 jam gelap pada bulan Disember dan 24 jam cerah pada bulan Jun.
Bagi negara-negara hemisfera selatan pula, perkara yang bertentangan berlaku. Semakin hampir sesuatu negara ke Bulatan Antartik, semakin pendek waktu siang. Oleh itu, semakin pendeklah waktu mereka berpuasa.
11 jam
Ushuaia, digelar penamat dunia kerana terletak di penghujung Argentina. Negara kelapan terbesar di dunia ini mempunyai 44 juta orang penduduk, terdiri daripada 76% Katolik, 11% atheis, 9% Protestan manakala kurang 1% daripada populasi negara tersebut menganut agama Islam, Buddha dan Yahudi.

12 jam 4 minit
Chile merupakan antara negara yang mempunyai pantai terpanjang di dunia iaitu 6,000 kilometer. Kira-kira 73% rakyat negara ini menganut agama Kristian Katolik, 15% Protestan, 8% tidak mempunyai agama manakala 4% agama lain-lain termasuk Islam, Yahudi dan Ortodoks.
12 jam 28 minit
Negara kelima terbesar di dunia ini merupakan negara dengan penganut Kristian Katolik paling ramai iaitu kira-kira 133 juta orang bersamaan 64% daripada keseluruhan populasi negara tersebut manakala hanya kira-kira 35,000 rakyat di sana yang menganut agama Islam.
Anda boleh semak senarai penuh di bawah.

Sumber: The Moscow Times, Britannica, Routes North, BBC, Gulf News