Gambar: Bernama

“Tempoh ‘Lockdown’ Dua Minggu Akan Datang Amat Kritikal…” – Dr. Noor Hisham

Nur Adnin

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru sahaja mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan dilanjutkan sehingga 28 Jun nanti.

Tempoh pelanjutan dua minggu itu dibuat adalah kerana situasi pandemik dan kadar jangkitan COVID-19 harian yang masih membimbangkan.

Terbaharu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah pula berkata, dua minggu akan datang ini pula adalah fasa yang sangat mencabar.

Malah, beliau turut meluahkan rasa kesal akan sikap tidak bertanggungjawab sebilangan rakyat yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan membuat perhimpunan di rumah seperti mengadakan majlis dan lain-lain lagi.

“Tempoh dua minggu ‘lockdown’ akan datang amat kritikal untuk kita kurangkan kes kepada 4,000. Kita perlukan kerjasama semua pihak.

“Tetapi masih ada yang membuat pergerakan dan perhimpunan di rumah seperti adakan parti, majlis dan lain-lain. Ini adalah tidak bertanggungjawab,” tegasnya dalam satu kenyataan di Twitter hari ini.

Sumber: Twitter Dr. Noor Hisham