Gambar Via Bernama

Tempoh Antara Dos Pertama & Kedua Vaksin AstraZeneca Dipendekkan Kepada 6 Minggu Mulai 1 Okt – KJ

Sofea

Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa tempoh antara dos pertama dan kedua vaksin AstraZeneca akan dipercepatkan kepada enam minggu mulai 1 Oktober.

Menurutnya, ia diputuskan bagi memberi kemudahan kepada mereka yang telah mendapat dos pertama vaksin Astrazeneca.

“Kita akan memendekkan jarak masa di antara dos pertama dan dos kedua vaksin Astrazeneca daripada sembilan minggu kepada enam minggu dan mereka boleh menerima dos yang kedua selepas enam minggu,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan bahawa bekalan vaksin mencukupi dan 3.2 juta golongan remaja akan mendapat tarikh temujanji vaksinasi dalam masa yang terdekat.

“Saya nak memberi jaminan kepada ibu bapa dan juga kepada para remaja bahawa bekalan vaksin cukup untuk kita berikan kepada semua 3.2 juta remaja, cuma kena tunggu giliran sahaja, dan ia tidak akan memakan masa berbulan-bulan seperti sebelum ini kerana bekalan sudah sampai,” katanya.

Beliau turut mengingatkan agar pelajar menunggu tarikh temujanji dan tidak melakukan walk-in.

Sumber: Bernama TV