Setelah berbulan-bulan ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan pergerakan (PKP), akhirnya Taman Negeri Gunung Stong dibuka semula untuk menerima pengunjung. Situasi tersebut telah memberikan nafas lega kepada pengusaha di sana untuk membantu mereka mencari sumber pendapatan.
Terbaharu, pengusaha pelancong di Gunung Stong kongsikan berlaku jumlah kenaikan pengunjung yang mencecah seramai 1,000 orang sehari. Jumlah pengunjung yang ramai ini kebiasaannya berlaku pada hujung minggu dan cuti umum.
Kenaikan jumlah pengunjung di sana naik mendadak ekoran pengumuman kerajaan yang membenarkan aktiviti rentas negeri dan sektor pelancongan beroperasi.
Pengarah Urusan Stong Hill Resort, Mohd. Yazil Yahya memberitahu kepada Mingguan Malaysia bahawa tempahan sentiasa diterima oleh pengusaha pelancongan di sana sejak akhir-akhir ini.
Tambahnya lagi, orang luar negeri Kelantan juga selalu mengunjungi lokasi tersebut sama ada menaiki kenderaan sendiri mahupun kereta api.
Menurut salah seorang pengunjung di sana, tujuan dia melawat Taman Negeri Gunung Strong untuk melihat Air Terjun Jelawang setinggi 303 meter. Air Terjun itu juga dikenali sebagai air terjun tertinggi di Asia Tenggara.
Sumber: Utusan Malaysia