Tembok Purba Xi’an Di China Dibuka Percuma Selama Sebulan

Edayu

XI’AN, 29 Feb (Bernama) — Tembok purba di bandar raya Xi’an, di wilayah Shaanxi, China, akan dibuka kepada orang ramai secara percuma selama sebulan bermula Sabtu, lapor agensi berita Xinhua.

Pelancong boleh menempah tiket percuma tujuh hari lebih awal dan tempahan juga boleh dibuat secara dalam talian, kata jawatankuasa pentadbiran tembok purba itu.

Pelancong dikehendaki memakai topeng muka ketika melawat tempat berkenaan dan memastikan sentiasa berada dalam jarak selamat iaitu 1.5 meter antara satu sama lain. Aktiviti berkumpulan dan perhimpunan di kawasan itu tidak dibenarkan.

Xi’an mempunyai banyak tembok purba bersejarah yang masih terpelihara, dibina pada 1370-an semasa Dinasti Ming (1368-1644) dan digunakan sebagai kubu pertahanan tentera.

Sumber: Bernama