“Telur Tu Terapung Antara Air Laut Dan Air Hujan”, Eksperimen Pelajar Ini Buktikan Kejadian Air Laut Dan Air Tawar Yang Disebut Dalam Al-Quran By Nur Farra 9 Ogos 2018 9:31am Berita Jika dilihat melalui perspektif Sains, air tawar dengan air laut tak akan bersatu kerana kedua-duanya mempunyai sifat kepadatan yang tersendiri. Sama seperti fenomena laut terpisah seperti Laut Meditterranean dan Sungai Nil dimana, pemisah mempunyai ketaksinambungan kepadatan ketara serta tahap kemasinan berbeza yang tinggi. Sungguhpun begitu, fenomena ini telah pun dinyatakan di dalam Al-Quran dan juga telah disahkan oleh seorang saintis marin, Dr. William Hay.Seorang pengguna Twitter turut berkongsi pengalaman melakukan eksperimen melibatkan air hujan dan air laut untuk mencari tahu unsur Sains yang dinyatakan didalam Al-Quran. Perkongsiannya menarik untuk dibaca kerana daripada eksperimen yang dibuat, salah seorang guru berbangsa India yang terlibat dalam proses penjurian telah menganut agama Islam.Sumber: Twitter a