resipi telur gedik
Kredit: Laila Mijan/Facebook

Tak Susah Pun Nak Buat ‘Telur Gedik’, Ini Resipinya

Nurhanis

‘Telur Gedik’ Tak Susah Pun Nak Buat, Ini Resipinya

Setiap pagi, bagi keluarga yang mengutamakan sarapan pagi akan meletakkan telur dalam pilihan sebagai permulaan hari. Penyediaan telur dihidang dalam bermacam resipi dan sesetengah antara kita ada yang memilih untuk menyediakan telur separuh masak pada waktu pagi.

Selain sarapan, telur juga dijadikan sebagai lauk sampingan yang menambah rasa sedap dalam setiap makanan. Perasan tak kalau peniaga menjual ayam masak kunyit, kadang-kadang mereka akan hidangkan sekali telur goreng? Tidak dinafikan kombinasi tersebut akan membuatkan pelanggan menjilat jari apabila nikmati hidangan itu.

Telur juga boleh dikatakan sebagai ‘penyelamat’ dalam hidup seseorang. Walaupun hanya tinggal telur sekotak, ia masih boleh mengisi perut yang lapar. Goreng sahaja telur dan dimakan pula dengan nasi panas pasti akan bertambah.

Dalam perkongsian kali ini, SK akan berkongsi cara untuk memasak ‘telur gedik’ yang diajar oleh salah seorang pengguna Facebook, Laila Mijan selepas mendapat permintaan dalam kalangan warga maya.

Kebiasaannya, kita mesti akan masak telur mata kerbau, telur goreng dan sebagainya tetapi tidak telur gedik. Meskipun dilihat sukar untuk dibuat, namun jangan risau caranya mudah sahaja.

Seperti yang lain, telur gedik ini juga boleh dihidangkan bersama lauk yang lain dan dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat. Oleh itu, ikuti resipi yang disediakan di bawah ini.

BACA: Resipi Turun Temurun, Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Lemang

Resipi telur gedik

Kredit: Laila Mijan/Facebook

Bahan-bahan:

Telur

Minyak

Air

Cara-caranya:

Mula-mula rebus air sampai menggelegak selepas itu ambil senduk rendam sekejap dalam air panas itu dan angkat.

Kemudian, sapu senduk dengan minyak masak dan pecahkan telur di atas senduk tadi.

Letak senduk itu di atas permukaan air yang tengah menggelegak (buat cara double boil), tunggu telur itu bertukar putih sepenuhnya.

Setelah itu, celup senduk sepenuhnya ke dalam air.

Siap untuk dihidang.

Sumber: Laila Mijan/Facebook

BACA: Resipi 50 Tahun Guna Dua Bahan, Ini Proses Buat Cendol Guna Kayu Api