Boleh dikatakan sesebuah negara maju dan berjaya itu daripada sistem pentadbiran tertinggi negara. Namun pernah tak anda terfikir sebenarnya ia datang dari sikap individu yang memain peranan penting untuk melakukan perubahan kepada negara.
Kita semua tahu negara Jepun merupakan satu negara yang hebat dari segi pembangunan yang maju dan teknologi canggih. Walaupun rakyat di negara Jepun begitu padat, disiplin yang ditunjukkan oleh mereka sangat menerima pujian daripada pelancong terutamanya dari negara Malaysia.
Perkongsian daripada Faisal Jamal di laman Facebook mengenai barangnya tercicir semasa berada di sebuah stesen keretapi semasa berada di Jepun.
Menurut Faisal, telefonnya tercicir di sekitar stesen keretapi pada waktu malam. Letih kerana baru sahaja tiba di destinasi untuk penginapan secara tiba-tiba dia bahari sedar bahawa telefonnya tiada.
“Cuba nasib pergi ke pondok polis berhampiran untuk buat laporan, rupanya telefon sudah ada di sama disimpan dalam bungkusan kes. Alhamdulillah selesai masalah.”
Para netizen berkesempatan meninggalkan beberapa komen tentang pengalaman mereka tercicir barang semasa menjejaki Jepun juga.




Sumber: Faisal Jamal