
Penghujung tahun selalu datang dengan momen istimewa, perjumpaan hingga lewat malam, perjalanan pulang ke kampung, dan detik hangat bersama yang tersayang. TC Acoustic membawa pengalaman bunyi yang menawan untuk menyempurnakan setiap detik tersebut. Melalui promosi “Sound Steals” dari 12 hingga 24 Disember, jenama ini menampilkan koleksi terpilih yang direka untuk membawa kebahagiaan setiap kali digunakan.
Sonos Roam 2: Ceria, Mudah Dibawa Ke Mana Saja
Sonos Roam 2 kini hadir dengan tiga warna baharu; Olive, Sunset, dan Wave. Saiznya yang comel sesuai dimasukkan ke dalam beg, tetapi cukup berkuasa untuk menghidupkan sesebuah ruang.
Sonos Ace: Ruang Tenang untuk Rehat Berkualiti
Bagi yang menghargai ketenangan di tengah kesibukan, Sonos Ace menawarkan audio spatial yang kaya dan imersif. Sama ada didalam atau di luar rumah, Ace membolehkan anda menikmati audio sempurna untuk malam santai atau digabungkan dengan soundbar Sonos untuk pengalaman persis di pawagam.
Sonos Arc Ultra: Filem Lebih Hidup
Arc Ultra membawa Dolby Atmos ke ruang anda, menghidupkan setiap runut bunyi filem dengan kedalaman sinematik. Dipadankan dengan Sub Mini atau Sub 4, ia memberikan pengalaman bunyi mantap dan menyeluruh, menjadikan malam menonton lebih mengasyikkan.



Bowers & Wilkins: Gaya dan Bunyi Berkualiti
PI8 dalam Dark Burgundy: hangat, elegan, bunyi kaya dan terperinci.
Px7 S3 Frost Blue: kontemporari, pembatalan hingar aktif canggih, audio imersif tanpa wayar.
Px8 S2 McLaren Edition: edisi terhad menandakan 10 tahun kerjasama B&W dan McLaren, audio resolusi tinggi, pembatalan hingar adaptif, lengan aluminium diecast, dan kemasan kulit Nappa.



TC Acoustic memastikan setiap detik penghujung tahun anda lebih hangat, menyeronokkan, dan penuh makna. Temui tawaran eksklusif ini di laman web rasmi tcacoustic.asia, Sonos Concept Store @ The Starhill, serta peruncit sah seperti Lazada, Shopee, Harvey Norman, Flash Gadget, TMT, PC Image, dan Urban Republic.