Taufan Kalmaegi Dikesan sabah metmalaysia
Gambar: MetMalaysia

Taufan Kalmaegi Dikesan 976 KM Dari Sabah – MetMalaysia

Iqbal Yasir

Taufan Kalmaegi Dikesan 976 KM Dari Sabah – MetMalaysia

KUALA LUMPUR — Taufan Kalmaegi yang membadai Filipina kini dikesan kira-kira 976 kilometer (km) barat laut Kudat, Sabah berdasarkan cerapan setakat jam 2 petang ini.

Menerusi nasihat taufan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), taufan itu kini bergerak ke arah Barat dengan kelajuan 30 km/j, dengan kelajuan angin maksimum mencapai 176 km/j.

Difahamkan, kedudukan taufan itu berada pada latitud 13.3 Utara dan longitud 110.7 Timur, kira-kira 153 km ke Timur Laut Tuy Hoa, Vietnam.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan,” katanya dalam kenyataan pada hari ini.

Semalam, jabatan itu memaklumkan berkenaan dikesan berada kira-kira 405 kilometer (km) dari barat laut Kudat, Sabah.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan Kalmaegi kini berada pada kedudukan latitud 12.5 utara dan longitud 116.1 timur, kira-kira 627 km ke Barat Laut Puerto Princesa, Filipina.

Berdasarkan pencerapan MetMalaysia pada 8 malam ini, taufan itu bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 30 km/j dan potensi kelajuan maksimum ialah 194 km/j.

Angka kematian akibat Taufan Kalmaegi di Filipina meningkat melebihi 90 orang pada Rabu manakala puluhan lagi hilang dan cedera.

Secara keseluruhan, seramai 706,549 penduduk di 24 wilayah terjejas akibat taufan itu, termasuk 436,911 yang terpaksa meninggalkan rumah masing-masing, menurut Pejabat Pertahanan Awam (OCD) Filipina.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Taufan Kalmaegi: Lebih 90 Terkorban, Helikopter Tentera Terhempas Semasa Misi Bantuan