Susulan daripada makluman Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan bahawa semua peperiksaan awam akan dibatalkan atau ditunda pada tarikh yang bakal diumumkan kelak.
Hal ini juga melibatkan peperiksaan semester 2 STPM ditangguhkan kepada bulan Ogos 2020 dan peperiksaan semester 3 akan diadakan di suku pertama 2021. (Rujuk video minit ke 05:25)
Pada masa yang sama, YB Radzi Jidin juga mengumumkan bahawa tarikh peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan ditunda ke suku pertama pada tahun 2021.
Sumber: Bernama