Menerusi Perutusan Khas Sempena Hari Guru sebentar tadi, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa tarikh pembukaan semula sekolah akan dimaklumkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum dibuka.
“Sepertimana yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kanan Pendidikan sebelum ini, tarikh pembukaan semula sekolah akan dimaklumkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sekolah dibuka. Ini bergantung kepada nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.
Sumber: BERNAMA