Aplikasi WeChat sememangnya sangat terkenal dengan penggunaannya di negara China. Boleh dikatakan kebanyakan urusan oleh warganegara China berlegar melalui aplikasi itu. Selain daripada berhubung, aplikasi WeChat juga boleh digunakan untuk membuat pembayaran tanpa tunai melalui WeChat Pay.
Ia merupakan satu kemajuan yang ditonjolkan negara China apabila gerai-gerai kecil di tepi jalan juga menyediakan perkhidmatan ini. Malah, bukan itu sahaja kerana pengemis di sana juga didakwa menggunakan kaedah ini untuk meminta sedekah daripada orang ramai.
Melalui satu perkongsian yang dibuat melalui akaun Facebook seorang individu, seorang pengemis telah datang kepadanya untuk meminta sedekah. Walau bagaimanapun, seorang rakannya telah mengatakan bahawa dia tidak mempunyai wang tunai untuk diberikan.

Dalam perkongsian itu, pengemis berkenaan mengatakan bahawa mereka boleh memberikannya sedekah melalui aplikasi WeChat.
“Salah seorang rakan kami memberitahu pengemis bahawa dia tidak mempunyai wang tunai. Pengemis itu mengatakan tidak mengapa kerana mereka boleh membayarnya melalui WeChat”

Sumber: Facebook