Bazar Aidilfitri Lorong Tunku Abdul Rahman (TAR) dijangka mula beroperasi Sabtu ini.
Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui hebahan di laman Facebook rasmi, kerajaan mengizinkan Bazar Aidilfitri dibuka dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
“Kita jangan leka dan alpa, terus mengamalkan SOP yang ditetapkan walau di mana jua anda berada supaya lengkuk jangkitan baharu terus berjaya dilandaikan,” kata DBKL melalui kiriman tersebut.
“Suasana Aidil Fitri mungkin lebih meriah berbanding tahun lepas dengan keizinan pembukaan Bazar Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini.”
Persediaan untuk membuka Bazar Aidilfitri Lorong TAR sedang giat dijalankan dan dijangka beroperasi pada 17 April.
Sumber: DBKL