budak selamatkan bapa
Gambar: SCMP/Baidu

Tangga Patah, Budak Enam Tahun Gagahkan Diri Selamatkan Bapa Dari Terjatuh

Iqbal Yasir

Tangga Patah, Budak Enam Tahun Gagahkan Diri Selamatkan Bapa Dari Terjatuh

BEIJING — Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun mendapat perhatian ramai selepas tindakan beraninya menyelamatkan bapanya tular di media sosial.

Memetik laporan South China Morning Post (SCMP), difahamkan kejadian berlaku di wilayah Hebei di utara China.

Sewaktu kejadian, bapanya yang dikenali sebagai Du sedang menaiki tangga bagi membaiki bumbung rumah.

Gambar: SCMP/Baidu

Walau bagaimanapun, ketika menuruni tangga yang dipercayai diperbuat daripada kayu buluh tersebut, ia patah secara tiba-tiba.

Situasi tersebut menyebabkan tangga yang dinaiki itu terumbang-ambing dan kelihatan tidak kukuh.

Kanak-Kanak Lelaki Berani Ambil Risiko Pegang Tangga Pastikan Ayah Selamat

kanak-kanak lelaki pegang tangga
Gambar: SCMP/Baidu

Paling mencuri tumpuan reaksi kanak-kanak lelaki dipercayai anak lelaki terbabit berani memegang tangga itu. Ia bagi memastikan ayahnya turun dengan selamat.

Kejadian itu direkodkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang terletak di rumah.

BACA JUGA: Walaupun Baru Berusia Sembilan Tahun, Kanak-Kanak Lelaki Ini Berani Cuba Merompak Kedai Emas Guna Pistol Palsu

Dalam video tersebut, budak lelaki itu memegang kedua-dua belah tangga sambil mendongak kepala ke atas melihat bapa melangkah turun dengan berhati-hati.

kanak-kanak lelaki pegang tangga
Gambar: Baidu

“Saya bimbang jika saya terjatuh akan mencederakannya. Oleh itu, saya menyuruhnya berjauhan daripada tangga itu.

“Namun dia tetap berkeras,” kata Du kepada Star Video.

Dalam masa yang sama bapa kepada kanak-kanak tersebut memuji sikap anaknya. Tambahan lagi, dia menyifatkan dapat turun dengan selamat kerana sokongan anaknya.

Sementara itu, jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak enam tahun itu menarik perhatian ramai terutamanya netizen di tanah besar China.

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

“Saya takut ayah jatuh ke tanah,” katanya.

Sementara itu, rata-rata netizen memuji tindakan berani kanak-kanak tersebut.

“Kanak-kanak lelaki itu pastinya takut tetapi dia memberanikan diri demi memastikan ayahnya selamat,” kata salah seorang warganet.

“Betapa beraninya budak lelaki itu,” komen salah seorang netizen.

Sumber: South China Morning Post (SCMP)