Gambar Via Shuib Sepahtu

“Tangan, Jari Sebijik Tangan Ibu,” Shuib Luah Rasa Syukur, Ayash Affan Dah Boleh Balik Rumah Hari Ini

Sofea

Setelah sebulan berada dalam pemantauan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), bayi lelaki Shuib Sepahtu, Ayash Affan akan pulang ke pangkuannya hari ini,

Kepulangannya itu telah dikongsikan oleh Shuib menerusi entri terbaru di Instagram miliknya sebentar tadi.

Menurut Shuib, dia menganggap kepulangan Ayash sebagai hadiah dari Allah sempena ulang tahun kelahiran arwah Siti Sarah esok.

Dalam pada itu, Shuib juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan anak bongsunya itu.

“Terima kasih semua, syukur Ya Allah diatas rahmat Mu,” katanya.

Ayash Affan telah dilahirkan dalam keadaan ibunya, arwah Siti Sarah bergelut dengan COVID-19 dan meninggal dunia beberapa hari selepas bersalin.

Semoga Ayash membesar dengan sihat dan menjadi seorang anak yang soleh.

Sumber: Shuib Sepahtu