Jika anda membuka Facebook hari ini, pasti anda perasan ikon ‘like’ yang bertukar warna dari biru ke merah. Perubahan ini merupakan sempena sambutan Tahun Baru Cina menjelang 12 Februari esok.

Selain itu, antara ciri lain yang dilihat berbeza ialah pada logo Facebook dengan memasukkan imej lembu jantan pada ikon tersebut.


Berdasarkan kalendar Lunar, 2021 merupakan tahun lembu yang bermula pada 12 Februari ini sehingga 31 Januari tahun hadapan (2022). Ia merupakan salah satu daripada 12 haiwan zodiak iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan khinzir.

Menurut China Highlights, antara tahun-tahun lembu berdasarkan kalendar tersebut ialah 1961, 1973, 1985, 1997, 2009, 2021, 2033 di mana ia berlaku setiap 12 tahun.
Pertukaran pada tanda ‘Like’ yang berubah menjadi warna merah telah mencuri perhatian warganet. Ianya dapat dilihat menerusi daripada perkongsian oleh warganet yang seakan teruja dengan perubahan itu.
Sumber: Facebook, China Highlights