tanah runtuh
Gambar: BERNAMA

SAR Berdepan Keadaan Sukar, Tanah Lembik & Lecak Setebal 16 Meter

Nurhanis

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang hilang dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali berdepan keadaan sukar ekoran situasi semasa kawasan tapak bencana di sana.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pasukan penyelamat berdepan keadaan sukar berikutan tanah lembik dan lecak yang berkedalaman kira-kira 16 meter.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Suffian Abdullah memaklumkan pihaknya telah mengenal pasti lima daripada tujuh pemilik kenderaan di lokasi insiden tanah runtuh berkenaan.

“Kesemua 24 mayat mangsa korban insiden tanah runtuh di Batang Kali telah dituntut oleh waris, keluarga.

“Semua pihak diminta tidak tularkan video, gambar yang boleh aibkan mangsa,” katanya.

Sumber: BERNAMA