tanah runtuh
Gambar: Bomba Pahang

Tanah Runtuh: Masih Belum Jumpa Apa-Apa Tanda & Mangsa Setakat 3.30 Petang – Bomba

Nurhanis

Operasi misi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang hilang dalam tragedi tanah runtuh yang bermula sejak pagi tadi masih belum menemui apa-apa tanda ataupun mangsa.

Memetik kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Pahang, Pusat Pengurusan Operasi memaklumkan tiada sebarang tanda yang ditemui setakat pukul 3.30 petang hari ini.

Difahamkan, kawasan pencarian pada hari ini diteruskan di tiga sektor iaitu di sektor A (Kem Hill View), B (Kem Farm View) dan C (Kem Riverside).

Sebelum ini, media melaporkan beberapa agensi menggunakan alat Ground Penetrating Radar (GPR) bertujuan untuk membantu mengesan lokasi mangsa yang masih tertimbus selain menggunakan khidmat anjing pengesan.

Setakat ini, seramai 24 mangsa daripada keseluruhan 94 orang disahkan terkorban, manakala 61 berjaya diselamatkan dan sembilan lagi masih hilang.

Difahamkan operasi SAR buat hari ketiga hari ini masih diteruskan bagi mencari sembilan lagi mangsa yang masih hilang.

Sumber: BERNAMA

BACA: Nadma Bawa Radar Khas Kesan 9 Lagi Mangsa Dalam Tanah