Keadaan cuaca hujan lebat yang berterusan hingga ke saat ini telah menyebabkan banyak jalan raya di beberapa negeri terkesan kerana dinaiki air.
Dalam satu perkongsian oleh seorang pengguna Facebook di Group Anak-anak Jelebu, sekurang-kurangnya 20 kenderaan dipercayai telah terperangkap berdekatan tokong Cina, Bukit Tangga, Jelebu akibat tanah runtuh.
Menerusi kiriman itu, Mohd Faizal Nor Azmi memohon bantuan agar dia dan pemandu lain yang tidak dapat melalui jalan itu diselamatkan dengan segera.
Dakwanya, sebuah kenderaan dipercayai telah tertimbus di dalam tanah runtuh tersebut dan satu pokok gergasi di jalan tersebut tumbang.

“Di hadapan tanah runtuh. Tak boleh lalu langsung. Ada kenderaan berwarna merah tertimbus. Depan mata tiang-tiang elektrik tumbang menyembah bumi, terpadam semua lampu jalan.
“Kami cepat-cepat u turn. Kali ini terhalang pulak oleh pokok gergasi tumbang menghalang 100% jalan,” dakwanya.

Setakat jam 11.38 malam tadi, Mohd Faizal berkata mereka masih lagi terperangkap dan bantuan belum sampai.
Bagaimanapun, dalam kemas kini terbarunya, dia memaklumkan bomba sudahpun tiba dan sedang mengenal pasti tahap keselamatan di kawasan berkenaan.
“Orang ramai potong pokok tarik pakai 4wd. Hujan semakin lebat,” katanya
Sumber: Mohd Faizal Nor Azmi