Kebanyakkan dari kita gemar menghias ruang rumah supaya kelihatan cantik dan kemas mengikut kreativiti serta bakat masing-masing. Salah satu barang yang kerap digunakan adalah kertas dinding.
Aktiviti menampal kertas dinding sangat memudahkan individu bahkan corak yang berwarna-warni membuatkan individu tertarik. Walau begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan meskipun ia kelihatan cantik pada mata kita.
Menurut Public Health Malaysia, perbuatan menampal kertas dinding terutamanya di dalam tandas merupakan perbuatan yang mengundang masalah kesihatan kepada pengguna.
Hal ini, tandas mempunyai persekitaran yang lembap yang boleh mengakibatkan risiko pertumbuhan kulat di dinding termasuklah di belakang dinding.
Kulat yang terdapat pada dinding boleh membebaskan spora iaitu debu-debu halus. Debu-debu tersebut boleh menganggu saluran pernafasan yang menyebabkan iritasi.
Malah, ia akan memberi kesan yang lebih teruk seperti batuk, selsema, tekak kering, mata berair dan gatal pada kulit.
Sumber: Public Health Malaysia