
Takut “Struggle” Lepas Nikah Kerana Berhutang Nak Berkahwin, Pengantin Minta Hantaran Bawah RM10k Walau Ada Ijazah
Perkahwinan merupakan satu ikatan kepada dua insan yang akan melangkah ke fasa yang baru dalam hidup mereka sebagai suami dan juga isteri. Dalam sebuah majlis perkahwinan, ramai yang ini mencipta memori indah itu dengan pelbagai cara dan kemampuan mereka sendiri.
Sesetengah orang, mungkin akan mengadakan sebuah majlis yang serba mewah dan meriah untuk meraikan hari bahagia mereka sekali seumur hidup. Namun, tak kurang juga yang memilih majlis yang sederhana sahaja asalkan akad yang dilafazkan ‘sah’ di sisi agama sudah memadai.
Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tik Tok, Nadiamdyusof dan pasangan memilih untuk mengadakan majlis akad nikah di pejabat agama sahaja dengan mas kawin sebanyak RM22.50 dan wang hantaran RM7,000 sahaja walaupun memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda.
“Tidak semestinya kalau ada ijazah hantaran perlu letak sekurang-kurangnya RM10,000, ikut kemampuan kita. Apa yang lebih penting adalah kehidupan selepas nikah nanti.
“Kalau awal-awal dan berhutang sebab nak ikut majlis orang lain yang mewah, risau lepas kawin nanti jadi punca pergaduhan disebabkan tekanan dan hutang yang menggunung.
“Tak berbaloi sehari habis belasan atau puluhan ribu hanya untuk kelihatan ‘gah’ di mata orang lain,” tulisnya dalam video tersebut.
Walau bagaimanapun, berbalik kepada kemampuan dan keperluan individu itu sendiri untuk memilih bagaimana cara majlis mereka, yang paling penting adalah ‘sah’ dinikahkan dan bahagia hingga ke akhir hayat.
Suatu hari nanti, dengan harapan ia akan jadi memori indah buat setiap pasangan yang berumah tangga.
BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China
Sumber: Nadiamdyusof (Tik Tok)