Takut Messi Pintas Rekod Peribadi Antara Punca Ronaldo Mahu Keluar MU & Main UCL
Menurut The Athletic, keinginan untuk bermain dalam saingan Liga Juara-juara Eropah (UCL) adalah faktor utama Ronald mendesak untuk keluar daripada Manchester United, sesuatu yang tidak mampu ditawarkan oleh kelab itu selepas menamatkan liga di kedudukan ke-6 musim lepas.
Pemain berusia 37 tahun itu mahu menyertai kelab yang bermain dalam persaingan kelab utama Eropah itu untuk mengukuhkan lagi kedudukan dan rekod peribadi beliau.
Buat masa ini, Ronaldo mengungguli carta sebagai penjaring terbanyak UCL sepanjang masa dengan jaringan sebanyak 140 gol, 15 gol di depan musuh utama Lionel Messi yang dua tahun lebih muda dan akan bermain dalam Liga Juara-Juara bersama Paris Saint German musim depan.
Bintang dari Portugal itu bagaimanapun ketinggalan tiga gol di belakang Messi dalam carta jumlah gol yang dijaringkan dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dan itu adalah sesuatu yang beliau mahu ubah.
Selain itu, kemahuannya untuk memenangi lebih banyak trofi dan kepentingan keluarganya juga adalah punca-punca lain disebalik keputusannya untuk mencari peluang bermain di kelab baharu.
Ejennyn, Jorge Mendes ketika ini bekerja keras mencari kelab baharu untuk pemenang lima kali Ballon d’Or itu. Bagainamapun, beberapa kelab yang dikaitkan dengannya sebelum ini seperti Bayern Munich dan Chelsea memberi isyarat negatif buat masa ini.
Terkini, Ronaldo dikatakan bakal menyertai Sporting Lisbon yang beraksi dalam Liga Portugal. Kelab itu akan beraksi dalam saingan UCL musim depan selepas menghuni tangga kedua liga musim lepas.
Bgaimanapun, mengumpul dana yang diperlukan untuk membawa pulang Ronaldo ke Lisbon sangat sukar bagi kelab Portugal itu. Selain itu, ketua jurulatihnya, Ruben Amorim juga tidak pasti sama ada beliau ingin membawa masuk Ronaldo ke dalam barisan pemainnya memandangkan perubahan besar perlu dilakukan terhadap skuad.
Dalam pada masa yang sama, kehadiran Ronaldo juga akan memberikan kelebihan besar kepada kelab itu dari segi nilai komersial memandangkan bintang utama skuad kebangsaan Portugal itu adalah salah seorang atlet bertaraf mega dalam dunia sukan.
Terdahulu, Ronaldo dilapor telah kembali ke MU dan menjalani latihan di kelab Carrington minggu ini selepas terlepas jelajah pramusim kelab di Thailand dan Australia atas sebab keluarga.
Beliau juga telah menjalani ujian perubatan dan menyertai latihan kecergasan tetapi tidak menyertai latihan berpasukan. Ronaldo juga dikhabarkan sempat menyaksikan perlawanan persahabatan MU menentang Wrexham pada Rabu.
Pendirian MU setakat ini tetap tidak berubah. Mereka bertegas bahawa beliau tidak akan dijual ke kelab lain. Ten Hag sebelum ini berkata bahawa Ronaldo berada dalam rancangannya untuk musim akan datang.
Ronaldo juga berjanji untuk menangani isu ini secara profesional.
BACA: Pulang Ke MU, Ronaldo Minta Kelab Tamatkan Kontraknya, Nak Main UCL Musim Depan
BACA: Detik Cemas, Skrin Gergasi Jatuh Hempap Kepala Penari Tengah Buat Persembahan
Sumber: SportBible