thailand banjir
Gambar: AFP

Takut Ada Yang Tersangkut Masa Banjir, Thailand Arah Majikan Benarkan Pekerja Bekerja Dari Rumah

Faiz Mustafa

Takut Ada Yang Tersangkut Masa Banjir, Thailand Arah Majikan Benarkan Pekerja Bekerja Dari Rumah

Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA), Thailand telah mengeluarkan arahan bahawa majikan perlu membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah bermula 5 Oktober (semalam) sehingga 7 Oktober 2022, ekoran risiko banjir.

Memetik The Thaiger, keputusan itu sebagai satu langkah persediaan pihak kerajaan untuk menghadapi ancaman banjir akibat hujan lebat tanpa henti yang dijangka berlaku kelak.

“Penduduk bandar perlu bersiap sedia menghadapi hujan lebat yang akan melanda beberapa kawasan serta berisiko menyebabkan banjir.

“Hujan lebat dijangka sejak semalam sehingga esok. Sebab itu, kami minta kerjasama dari semua syarikat agar membenarkan petugas mereka bekerja dari rumah atau pulang lebih awal bagi mengurangkan kesesakan pengangkutan awam,” kata mereka, lapor The Thaiger.

Ekoran trafik sesak, dilihat kumpulan paramedik terpaksa meninggalkan ambulans mereka dan menolak pesakit hingga ke hospital meredah banjir.

Oleh itu, kerajaan Thailand berhara keputusan membenarkan para pekerja untuk bekerja dari rumah dapat mengurangkan kesesakan trafik yang mungkin berlaku. Disamping itu, anggota tentera juga dikerahkan sebagai persediaan bagi membantu penduduk yang terperangkap dalam banjir.

Dalam pada itu, dua juta beg guni pasir telah ditempatkan di lokasi berisiko banjir di seluruh Bangkok.

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

BACA JUGA: “Weh Anak Gajah Dah Datang,” Jadi Tradisi Toksik Sejak Dulu, Ini Antara Buli Lisan Yang Sering Dianggap ‘Gurauan’

Sumber: The Thaiger