lelaki masih tersenyum beli phone palsu
Gambar: Suara.com

“Takpa Belum Rezeki…” Lelaki Masih Mampu Tersenyum Selepas Ditipu Beli ‘Phone’ Palsu

Nurhanis

Seorang lelaki di Indonesia masih mampu tersenyum walaupun dirinya menjadi mangsa penipuan beli phone palsu.

“Tak mengapa, belum rezeki”. Demikianlah luahan ringkas seorang lelaki yang masih mampu tersenyum meskipun dirinya menjadi mangsa penipuan telefon bimbit palsu, lapor suara.com.

Video menyayat hati itu dikongsi menerusi media sosial Instagram milik akaun @berita_gossip sehingga menjadi perhatian orang ramai.

Difahamkan kejadian berlaku apabila lelaki itu datang ke kedai untuk membaiki telefon miliknya dan apabila diperiksa, ternyata telefon bimbit yang dibeli itu merupakan telefon palsu yang dijadikan sebagai pameran.

Jelasnya, seorang warga asing telah datang ke rumahnya dan menawarkan telefon bimbit itu kepada isterinya dan akhirnya dia membeli telefon itu dengan harga RM366.

Katanya, dia tidak mengetahui mengenai pembelian telefon itu kerana isterinya yang berurusan dengan penipu penjualan telefon bimbit itu.

“Tak tahu saya, awalnya isteri saya di rumah,” kata lelaki itu memetik Suara.com.

Selepas menjelaskan kejadian itu kepada pekerja kedai, lelaki tersebut memandang sayu ke arah replika telefon bimbit mainan itu.

“Tak apa belum rezeki, itu aja,” ujarnya lagi.

Walaupun senyuman diukir namun jelas menunjukkan dia berasa sedih dengan kejadian yang berlaku sehingga matanya memancarkan kesedihan.

Sumber: Suara.com