Pembayaran tanpa tunai sudah menjadi ‘trend’ terkini. Pernahkah korang membuat pembayaran tanpa tunai di stesen-stesen minyak berdekatan dengan korang?
Ya, aplikasi Setel adalah cara baru dan lebih lancar untuk mengisi petrol.

Bukan itu sahaja, lagi selamat dengan Deliver2Me, boleh kurangkan interaksi fizikal jika nak beli barang dekat Kedai Mesra.
Deliver2Me? Kalau korang nak tau, Setel memperkenalkan ciri baharu Deliver2Me yang menawarkan pengalaman pembelian yang lancar, mudah dan memaksimumkan keselamatan pengguna Setel di stesen PETRONAS.

“Guna phone kat stesen minyak selamat ke…“
Sebelum tu, mesti ramai pengguna bukan Setel berfikir penggunaan telefon pintar di stesen minyak selamat atau tak? Jangan risau, aplikasi Setel telah menyediakan beberapa langkah keselamatan dan pengguna harus mengikut arahannya.
Apa itu Deliver2Me?
Ciri Deliver2Me membolehkan pengguna Setel membeli barangan terpilih di Kedai Mesra yang mengambil bahagian dan menikmati penghantaran terus ke kenderaan.
Deliver2Me kini boleh didapati di 30 stesen di Lembah Kelang dan akan diperluaskan secara berperingkat ke stesen PETRONAS di seluruh negara.
Bukan itu je, ciri ini dapat meningkatkan keselamatan pengguna dengan mengurangkan sentuhan dan interaksi fizikal di stesen. Ye lah, sekarang ni kan gejala wabak Covid-19 meningkat dalam negara ini. Jadi, Deliver2Me sangat membantu.

Ini 6 langkah Deliver2Me seperti berikut:

1. Pengguna pandu ke stesen PETRONAS yang mempunyai ciri Deliver2Me dan meletakkan kenderaan di pam petrol.
2. Dari dalam kereta, pengguna lancarkan aplikasi Setel dan pilih amaun petrol untuk dibeli.
3. Seterusnya, pengguna boleh memilih makanan atau minimum yang tersedia di ciri Deliver2Me.

4. Pengguna seterusnya bayar untuk petrol dan barangan Kedai Mesra yang telah dipilih dan isikan nombor plat kenderaan.
5. Setelah pam petrol diaktifkan, pengguna boleh keluar kenderaan dan isi petrol seperti biasa.
6. Krew PETRONAS akan menghantarkan barangan terus ke kenderaan ikuti nombor plat yang diberikan.

“Dah 2020, kenapa bayar guna cara lama?”
Aplikasi ini sekali gus menukar rutin biasa menjadi pengalaman baru yang hebat pada tahun 2020 ini. Kita kini hidup pada tahun 2020, mana-mana dan apa-apa sahaja boleh dibeli dengan hanya satu klik pada telefon pintar.

Bukan sahaja dapat pengalaman baru, malah korang juga boleh menikmati ganjaran RM15 untuk setiap 3 rujukan, maksimum sehingga 30 rujukan. Walaweh, boleh ajak satu keluarga guna aplikasi Setel ini.
Pengguna juga akan diberi bonus tambahan sebanyak RM150 jika berjaya merujuk 30 rakan, menjadikan jumlah ganjaran anda kepada RM300.

Macam mana nak dapat ganjaran tu? Haa, meh sini nak ajar.
Tapi sebelum tu, korang kena lah muat turun aplikasi Setel dalam telefon pintar,’selami’ dan cuba sendiri fungsi menarik yang ada pada Deliver2Me.
Macam-macam benda dan barang dari Kedai Mesra korang boleh pilih dan mereka sendiri yang akan hantar kepada korang. Best kan?
Jadi ini angkah-langkah penyertaan:
1. Klik pada ‘Lagi’ dan pilih ‘Rujukkan rakan anda’.

2. Kongsikan unik kod rujukan anda melalui WhatsApp, SMS atau di laman sosial.

3. Dapatkan 3 rakan untuk mendaftar akaun Setel dengan kod rujukan anda dan menambah nilai minimum RM15 dalam satu transaksi.
4. Tempoh promosi: 27 Oktober hingga 31 Disember 2020
Bersama-sama kita kurangkan sentuhan semasa mengisi petrol di stesen PETRONAS atau membeli barangan di Kedai Mesra. #SetelBersama #KekalSelamatDenganSetel
Jadi tunggu apa lagi, sama-sama kita jauhi Covid-19 dengan Deliver2Me. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Setel.my atau layari Facebook Setel.