Satu rakaman kamera dashcam yang memaparkan seorang lelaki dipercayai warga Singapura mengisi minyak RON 95 di sebuah stesen minyak yang dipercayai di Johor menjadi tular di media sosial.
Perbuatan lelaki warga Singapura itu berjaya dirakam oleh seorang pemandu kereta yang kemudiannya bertindak menegur lelaki tersebut.
Selepas ditegur, lelaki warga Singapura itu terus meletakkan nozel pam tersebut dan memasuki keretanya lalu meninggalkan stesen minyak berkenaan.
Seperti yang kita ketahui, minyak petrol RON 95 ini telah mendapat bantuan subsidi daripada kerajaan kepada rakyat Malaysia. Oleh sebab itulah, undang-undang tidak membenarkan warga asing untuk membeli minyak RON 95 di dalam negara kita.
Video yang berdurasi selama 45 saat itu telah mendapat sebanyak lebih 61 ribu tontonan daripada netizen di media sosial Twitter.
Baca: Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia
Sumber: MyWatch