
Jodoh, rezeki dan ajal maut itu telah ditetapkan oleh Allah. Sekuat mana pun kita merancang, andai sudah tertulis dalam takdir sebaliknya siapalah kita untuk menolak.
Pagi semalam, satu pasangan suami isteri maut di tempat kejadian setelah motosikal yang dinaiki mereka berlanggar antara satu sama lain di lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan menghala ke arah Kuala Lumpur.
Memetik laporan Bernama, kedua-dua mereka Muhammad Hamadi Zakaria serta Nur Syuhadah Zaini yang masing-masing berumur 31 tahun maut di tempat kejadian selepas cuba mengelak insiden pelanggaran antara dua lagi motosikal sebelum itu.
Lebih menyedihkan, pasangan ini meninggalkan dua orang cahaya mata yang masih kecil. Seakan seperti sudah mengetahui ajal yang semakin mendekat, posting terbaru yang dimuat naik di Instagram oleh Nur Syuhadah empat hari lalu meruntun hati netizen.



Malah, hajat pasangan ini untuk menghantar ibu bapa kepada Muhammad Hamadi menunaikan haji pada hari ini juga tidak kesampaian.
Memetik laporan Bernama, Nur Syuhadah telah mengambil cuti untuk mengucapkan selamat jalan kepada ibu dan bapa mentuanya. Namun siapa sangka, percutian kali ini adalah untuk selamanya.




Rakan-rakan arwah juga turut menubuhkan tabung derma kilat bagi meringankan ujian keluarga mereka.


Sumber : Twitter TBMH, Instagram syuuhadazaini, Bernama