Kejadian pukau sering terjadi walaupun dunia kini berada di dalam arus permodenan. Perbuatan yang menggunakan ilmu hitam ini digunakan untuk pelbagai tujuan dan salah satunya untuk melakukan jenayah dan mengaut keuntungan.
Melalui perkongsian yang dibuat menerusi Facebook Ruhil Afiqah Omar, dia menceritakan pengalaman mendakwa bahawa adiknya telah dipukau oleh seorang warga asing yang kononnya membuat sumbangan melalui kad potongan ayat suci Al-Quran yang berikan.
Individu tersebut berpakaian lengkap seorang muslim membawa potongan kertas keras ayat suci untuk dijadikan ‘modal’ perbuatan pukaunya.
Pada peringkat awal, individu ini akan meminta sumbangan ikhlas daripada orang ramai. Setelah dihulurkan sumbangan, dia meminta pula wang mengikut amaun yang ditetapkan oleh dirinya sendiri.
“Tak tahu kenapa terasa macam ringan je bagi duit dekat dia”

“Hulur ayat minta derma ikhlas.. walhal dia niaga ayat dengan alasan derma”

“Anak bini tak makan lagi lah..nak beli selimut lah”

Sumber: Ruhil Afiqah Omar