Gambar: Bernama

Tak Setuju Pelajar Praktikal Tak Dibayar, Syed Saddiq Bakal Usul Isu ‘Pay Internship’ Dalam Kabinet Khas

syafiq halim

Beberapa hari yang lalu, Malaysia telah melakar sejarah baharu dengan meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berikutan penurunan had umur mengundi dan had umur calon pilihan raya seawal 18 tahun.

Keputusan yang mendapat lebih dua pertiga persetujuan dan sokongan ahli Dewan Rakyat ini merupakan usaha yang diperjuangkan oleh Menteri Belia Dan Sukan, YB Syed Saddiq dalam mengetengahkan hak golongan belia dalam pembangunan negara.

Tidak terhenti setakat itu sahaja, YB Syed Saddiq cuba mengusulkan cadangan baru yang bakal memberi manfaat kepada golongan belia terutamanya para pelajar institusi pengajian tinggi yang bakal menghadapi dunia pekerjaan.

Menurut menteri berkenaan, dia akan cuba untuk mengusulkan isu berkaitan pembayaran elaun kepada pelajar praktikal di dalam satu kabinet khas yang bakal membincang mengenai isu-isu belia dan anak muda.

Perkara ini berikutan berlaku ketidakadilan kepada pelajar-pelajar khususnya golongan B40 dan M40 yang tidak mendapat sebarang bayaran seperti elaun ketika menjalankan latihan praktikal.

Walau bagaimanapun, isu yang bakal diusulkan itu diharapkan mendapat sokongan dan persetujuan pelbagai pihak bagi membela pelajar-pelajar terutamanya golongan-golongan yang kurang berkemampuan.

Sumber: Syed Saddiq