Kepanikan dan ketakutan terhadap COVID-19 membuatkan orang ramai mula membeli produk perlindungan seperti topeng muka dan pembasmi kuman.
Walaubagaimanapun menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hanya golongan tertentu sahaja yang wajar memakai penutup mulut.
Adakah anda tergolong dalam kelompok itu?
Berikut merupakan ciri mereka yang perlu memakai topeng muka menurut KKM.
menjaga individu yang mengalami gejala pernafasan
petugas kesihatan yang mengendali pesakit
petugas barisan hadapan (staf pembersihan, polis, tentera, doktor, jururawat dsb)
ada gejala pernafasan seperti batuk, selesema dan sebagainya
Jika anda bukan dari golongan di atas, anda tidak perlu memakai topeng muka bagi mengutamakan bekalan topeng kepada golongan yang lebih memerlukan.
“Itu prioriti utama kita, terutamanya kita sedang kekurangan PPE sekarang. Tempahan telah dibuat,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di laman Twitter miliknya semalam.
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/pcb.10156857133716237/10156857126946237/?type=3&theater
Sumber: KKM, Dr Noor Hisham Abdullah