
Tak Semua Boleh Diguna, Ini Bahan “Skincare” Yang Perlu Dielak Ketika Hamil
Kehamilan adalah momen indah bagi setiap wanita yang penuh dengan harapan dan cabaran. Ia menjadi satu perjalanan yang membawa perubahan besar dalam hidup.
Semasa mengandung, ramai ibu mula lebih berhati-hati dengan apa yang dimakan. Tapi bagaimana pula dengan apa yang disapu pada kulit?
Percaya atau tidak, sesetengah bahan dalam produk penjagaan wajah boleh beri kesan negatif pada kandungan jika tidak dipilih dengan betul.
Walaupun kulit ibu hamil sering mengalami perubahan seperti jerawat, pigmentasi dan kulit kering. Namun, tidak semua produk skincare sesuai digunakan dalam tempoh ini.
Ada bahan yang selamat dan ada juga yang boleh membahayakan perkembangan bayi dalam kandungan.
Jadi ibu-ibu perlu ambil cakna dengan kandungan bahan-bahan yang ada dalam skincare sebelum beli atau gunakan sebarang produk penjagaan wajah. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai perkara ini, ikuti perkongsian Hello Doktor.
Berikut ialah senarai skincare untuk ibu mengandung yang anda wajib tahu:
Asid hyaluronik sememangnya dikenali sebagai bahan skincare yang selamat untuk ibu mengandung kerana mampu memberi hidrasi kepada kulit untuk wanita mengandung dan yang sedang menyusukan bayi.
Asid hyaluronik adalah bahan yang terdapat secara semula jadi dalam tisu kita dan mempunyai tugas untuk melembapkan kulit dari dalam ke luar.
Azelaic acid dianggap skincare untuk ibu bersalin dan semasa hamil. Bahan ini membantu untuk membuka pori-pori, merawat jerawat serta memudarkan parut jerawat dan bintik-bintik coklat.
Ianya bagus bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, kulit berjerawat dan wanita hamil. Dalam kajian haiwan, penyelidik tidak melihat kecacatan kelahiran.
Asid glikolik ialah bahan skincare yang selamat untuk ibu mengandung jika menggunakan konsentrasi yang rendah iaitu 7%.
Anda dapat melihat manfaatnya kerana ia dipercayai mampu menghilangkan kedutan, mencerahkan wajah dan menghilangkan pigmentasi yang ada pada kulit.
Niacinamide ialah bahan yang sering digunakan sebagai bahan tambahan yang membantu untuk melindungi kulit daripada bakteria berbahaya dan mengekalkan kelembapan dalam kulit untuk memastikan ia anjal.
Disebabkan oleh kesan anti-jerawat dan anti-penuaan yang diberikan, niacinamide boleh menjadi pengganti yang baik untuk retinol semasa hamil.
Bagi anda yang tidak mengetahui, bakuchiol merupakan pengganti retinol.
Oleh kerana bakuchiol adalah alternatif yang lebih lembut kepada retinol, ia telah dicadangkan kerana dikatakan kurang memberikan faktor risiko untuk kehamilan.
Peptides terdiri di dalam komponen produk anti-penuaan dan ianya sesuai digunakan semasa hamil.
Ramai pakar kesihatan mengatakan peptida kolagen adalah selamat untuk individu hamil apabila diambil seperti yang diarahkan.
Disebalik kulit nak ‘glowing’, ini senarai kandungan produk yang tidak boleh diambil terutamanya semasa mengandung.
Tahukah anda, kandungan paraben sering kali dijumpai di dalam alat solek, rawatan rambut dan pelembab? Ia boleh menjejaskan perkembangan janin dan boleh meningkatkan risiko kelahiran pramatang.
Berikut ialah nama lain bagi parabens:
Butylparaben
Ethylparaben
Isobutyl paraben
Isopropylparaben
Methylparaben
Propylparaben
Phthalate adalah bahan kimia pengganggu endokrin (endocrine-disrupting chemicals).
Bahan ini boleh dijumpai di dalam losyen, sabun, alat solek, pewarna kuku dan produk wangian. Jika anda menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia ini, ia boleh mengganggu kadar penurunan kesuburan dan testosteron dan perubahan sperma.
Banyak ubat gigi, sabun tangan dan sabun badan antibakteria mengandungi pengganggu hormon ini, iaitu racun perosak. Bahan ini merupakan kandungan skincare berbahaya untuk ibu hamil kerana boleh memberi kesan seperti berikut:
Mengubah hormon haiwan & manusia
Melemahkan kekebalan tubuh
Menjadikan bakteria pada tubuh lebih kuat daripada antibiotik
Retinol adalah antara bahan popular yang wajib dielak untuk wanita mengandung. Kandungan skincare berbahaya ibu hamil ini boleh menyebabkan bayi dilahirkan menjadi cacat seperti sumbing, masalah jantung dan gangguan saraf.
Elakkan daripada menggunakannya ya para mommies!
Isotretinoin ialah ubat untuk merawat jerawat. Isotretinoin ialah sejenis vitamin A. dan ianya telah dijual di bawah jenama seperti Accutane®, Absorica®, Amnesteem®, Claravis®, Epuris®, Clarus®, Myorisan®, Sotret® dan Zenatane®.
Ubat ini tidak selamat untuk anda kerana boleh menyebabkan kecacatan kelahiran seperti kecacatan jantung, muka, dan otak.
Menurut laporan CDC (Centers for Disease Control and Prevention), kadar kejadian kecacatan disebabkan oleh isotretinoin adalah sebanyak 25.6%.
Ketika ini, anda perlu elakkan daripada gunakan chemical sunscreen kerana ia mengandungi penapis UV kerana boleh menyebabkan gangguan endokrin. Tambahan pula, tempoh ini ialah tempoh sangat sensitif untuk anda alami gangguan hormon.
Menjadi ibu bukan sahaja tentang menjaga bayi dalam kandungan, tetapi juga menjaga diri sendiri dengan lebih teliti.
Pemilihan skincare yang tepat semasa hamil bukan sekadar untuk kekal cantik, tetapi juga demi keselamatan dan kesejahteraan si kecil.
Jadi, pastikan anda sentiasa peka dengan kandungan dalam setiap produk yang digunakan. Ingat, lindungi diri dan bayi anda dengan membuat pilihan yang bijak.
BACA: Empat Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini
BACA: Cara Bayar On-Street Parking Guna TnG eWallet
BACA: Wanita Kongsi Nama Unik Cuit Hati Ramai
Sumber: Hello Doktor