Tidak sedar dirinya hamil, seorang ibu muda berkongsi cerita pernah melahirkan anak semasa hari pertama sesi persekolahan dimulai. Ketika anaknya dilahirkan, ibu ini baru berusia 15 tahun.
Ibu muda yang dikenali sebagai Alexis ini memuatnaik beberapa siri video, mengimbas kembali ‘drama’ yang berlaku pada tanggal 5 September 2017, ketika hari dia melahirkan.
Menurut Alexis, dia sama sekali tidak menyangka dirinya hamil kerana dia masih datang bulan seperti biasa. Dia mengaku mengalami satu simptom kehamilan iaitu pedih ulu hati. Namun setelah melakukan ujian kehamilan, keputusannya negatif.
Imbas kembali, dia sama sekali tidak boleh lelapkan mata pada malam sebelum kelahiran tak dijangka ini berlaku. Bahagian belakangnya berasa sangat sakit sehingga dia terpaksa mengambil ubat tahan sakit. Keesokan paginya sebelum berangkat ke sekolah, Alexis mengalami sakit seperti ingin bersalin.
“Saya pergi ke tandas sebelum berangkat ke sekolah dan rasa mahu meneran. Saya jerit panggil ibu saya dan beritahu pada dia, saya rasa saya akan melahirkan,” jelas Alexis dalam video unggahannya.
Alexis selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang kini telah menginjak usia empat tahun. Kedua ibu bapanya tetap memberi sokongan penuh kepada Alexis dan bapa kepada bayi tersebut untuk membesarkan anak mereka dengan baik.
Sumber: Daily Star