
Tak Sangka Menjadi, Kucing Kesayangan Balik Lepas Minta Tolong Kucing Jalanan
Kucing merupakan salah satu haiwan comel yang sentiasa mendapat perhatian ramai dan dipelihara dengan penuh kasih sayang.
Segala makan minum, kesihatan dan keselesaan si bulus akan dijaga sehingga ia digelar sebagai ‘majikan’.
Selain keletahnya yang bersahaja dan lucu, kehadiran kucing juga sebenarnya boleh mengurangkan stres buat pemiliknya. Justeru, tidak dapat dibayangkan jika kucing tersebut hilang atau mati.
Bagi yang pernah melaluinya saja dapat membayangkan apabila haiwan kesayangan yang selama ini ada di depan mata tiba-tiba menghilang.
Itu yang dilalui oleh seorang wanita di Thailand, @jen_na1995 yang berkongsi mengenai kehilangan kucingnya yang bernama Lamut.
Semua tempat sudah dicari namun kelibat kucing kesayangannya tetap tidak kelihatan.
Buntu dan hilang arah, wanita terbabit membuat keputusan untuk meminta ‘bantuan’ dari kucing jalanan.
Menerusi satu video, wanita tersebut dilihat menunjukkan gambar Lamut kepada kucing-kucing itu. Dia juga ‘meminta tolong’ agar memberitahu kucingnya untuk pulang ke rumah.
Mungkin perbuatan itu tidak masuk akal, namun Lamut telah pulang semula ke rumah.
Bersyukur dengan perkara itu, dia telah memberi ganjaran makanan kepada kucing-kucing jalanan sebagai tanda terima kasih.
Walaupun agak kelihatan kelakar, namun ada beberapa netizen juga berkata mereka pernah menggunakan cara itu dan ia sememangnya berkesan.
“Saya pernah buat macam ni, kucing saya balik semula ke rumah lepas sebulan”
“Aku rasa kucing hitam tu yang tolong cari, dia nampak serius sikit”
“Ini mesti geng geng dia kata “Oi! Baliklah, bibik kau dah nangis tu”
“Legit do weh benda ni, aku pernah buat dan betul kucing aku balik”
“Pernah jadi…dua hari kucing tak balik, minta tolong dengan kucing liar..petang kucing saya balik, kucing liar hantar sampai rumah”
“Aku pernah buat gini..aku jumpa sekor je yen..aku pesan kalau jumpa nyeow aku suruh la dia balik..tak lama lepastu aku dengar suara nyeow aku jerit punya kuat..lari la aku pergi tengok..rupanya yen tu dah jumpa dia, yang nyeow aku dok bising-bising marah yen..entah apa lah yang diorang gaduhkan tu”
Sumber: The Smart Local Thailand