Semua orang akan merasai kehilangan. Kesakitan kehilangan orang tersayang amat dirasainya tambahan pula mereka yang sentiasa berada disis, dihati dan menemani jiwa hari-hari sejak bayi.
Namun, bila sampainya seru untuk mereka kembali kepada Sang Pencipta, kita sebagai manusia biasa perlu meredhai. Walaupun kita akan rasa satu dentuman halilitar yang kuah pecah dalam hati.
Kisah seorang lelaki meluahkan perasaan di laman Twitternya selepas seminggu kehilangan ayah tercinta semasa pergi bercuti bersama keluarga mengundang kesedihan para netizen.

Menurut Faris, arwah ayahnya sakit sudah 7 tahun sebelum ke Rahmatullah. Arwah sakit buah pinggang dan memerlukan dialisis setiap hari. Keluar masuk wad itu adalah perkara biasa.
Disebabkan arwah bosan selalu duduk rumah, jadi arwah plan untuk pegi holiday bersama keluarga ke Melaka. Arwah plan dan kami pun book hotel serta buat tentatif program.
Tiga hari sebelum ke Melaka, arwah mengadu sesak nafas. Mak telefon ambulance dan dihantar ke hospital. Arwah pun kena tahan wad. Sehari sebelum ke Melaka, arwah minta keluar wad. Doktor tak bagi tapi arwah tetap mahu keluar wad juga sebab nak pegi holiday dengan keluarga.
Semasa kami gerak ke Melaka, Arwah sihat je hari tu. Kami singgah makan tengahari di Perhentian Kuih Kampong, check in hotel dan makan malam di Ikan Bakar Muara Sg Duyung. Arwah memang teringin sangat nak makan kat Muara tu.
Ini adalah foto terakhir dia bersama arwah ayahnya dan atoknyaKat pantai tu arwah duduk dalam kereta je. Aku rasa arwah macam merajuk sebab aku taknak cari rumah kawan dia. Dia cakap coconut shake ni tak sedap, manis sangat. Aku tengok jam baru pukul 6. Awal lagi. Jadi, Waze Tesco Melaka pun takdelah jauh sangat. Jadi aku decide nak cari rumah kawan lama arwah. Aku cakap “Ok jom kita cari rumah kawan apak”. Time tu baru lah arwah macam excited sikit.
Mengikut penceritaan Faris semasa dihubungi, hasrat ayahnya untuk ketemu rakan di Melaka tidak kesampaian apabila nombor telefon rakannya hilang dan mereka sudah berulangkali pergi ke tempat yang sama tetapi masih tidak jumpa jalannya, mungkin jalannya sudah berubah.
Nak dijadikan cerita, pada malam itu ayah, adik dan ibunya serta atok tinggal di hotel. Tetapi ada satu kejadian yang tidak disangka-sangka dan menjadi pengalaman yang paling sedih dalam dirinya sebagai seorang anak.
Ayahnya sesak nafas dan dikejarkan ke hospital Melaka. Sesudah sampai disana, ayahnya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terima rawatan di ICU.
Walaupun dalam keadaan tenang, hati anak mana yang tidak risau. Pasti akan ada secebis perasaan risau dan hiba dengan apa yang berlaku.
Jadi saya nak tanya ahli keluarga, nak kami buat cpr ke takyah?”. Time tu aku pandang mak aku, mak aku pandang aku. Aku jawab “Buatlah doktor. Cuba.” Doktor pun okay dan masuk dalam bilik tu.
Lepas tu aku terus menangis dan peluk mak. Time tu aku takut sangat nak kehilangan seorang ayah. Habis basah tudung mak aku time tu. Aku nangis lagi over daripada mak aku.
Selepas doktor beritahu, nadi ayahnya sudah stabil, mereka bersyukur dan mengharapkan kesihatan ayahnya akan pulih seperti biasa.
Waktu ini semua orang berdebar dan menunggu keputusan doktor, apabiladoktor yang merawat itu keluar dari tempat ayahnya, dan mengatakan ayahnya sudah tiada.
Aku amik phone arwah. Aku call kawan2 rapatnya bagitahu arwah dah tiada. Aku fikir time tu aku nak cari kawan arwah nama “Shariff” nak cerita pasal arwah cari rumah pakcik Shariff sebelum arwah meninggal. Arwah pernah pesan kalau dia meninggal, uruskan kat surau kat rumah.
Pulanglah aku ke Kuala Lumpur menaiki van jenazah bersama arwah.
Semoga Allahyarham ayahnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Sumber: Faris Harudin