
Bersukan merupakan amalan hidup sihat yang perlu dilakukan oleh setiap orang untuk memastikan tubuh badan sentiasa berada dalam keadaan cergas dan juga cerdas. Terdapat banyak sukan yang boleh diamalkan oleh orang ramai seperti bola sepak, bandminton dan banyak lagi.
Bercakap soal sukan badminton, ia merupakan sukan yang sering dilakukan oleh ramai orang tidak kira sama ada sekadar mengisi masa lapang mahupun serius. Ia juga bukan lah sukan yang mudah walaupun terlihat mudah serta mempunyai pelbagai teknik yang mungkin memerlukan usaha lebih untuk menguasainya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pemain badminton profesional, Ameer Zainuddin mengajarkan cara untuk melakukan salah satu teknik yang betul dalam sukan tersebut disebut sebagai service. Untuk pengetahuan semua, service dilakukan oleh mereka yang memulakan permainan dan pasangan yang menerima mata dalam perlawanan. Individu yang melakukan service dipanggil sebagai server.
Dalam video tersebut, ia dijadikan sebagai sebuah sketsa yang dilakonkan oleh dua orang individu dalah salah seorang daripadanya adalah Ameer itu sendiri. Difahamkan, di awal video seorang pemain sedang berlatih untuk melakukan teknik servis double, namun teknik tersebut dipercayai salah.
Kemudian, muncul Ameer yang seterusnya mengajarkan teknik yang betul. Menurutnya, teknik yang digunakan pemuda tadi akan menyebabkan lontaran bola agak jauh dan memudahkan pihak lawan menerima dan melakukan serangan daripada service berkenaan.
Oleh itu, Ameer mengajarkan cara dan teknik yang betul untuk melakukan servis yang supaya lontaran bulu tangkis lebih dekat dan sukar dibalas dengan serangan oleh lawan. Ikuti video yang telah kami kongsikan supaya penjelasan yang disampaikan lebih mudah difahami. Moga bermanfaat.
Sumber: Ameer Zainuddin